Hukuman Penjara Kesalahan Seksual Bekas Polis Ditambah Kepada 15 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menambah tempoh hukuman penjara ke atas seorang bekas koperal polis kepada 15 tahun kerana melakukan hubungan seksual dengan gadis berusia enam tahun dengan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu lima tahun lalu.

Mohd Aziri Sahid, 58, juga diperintahkan oleh mahkamah dikenakan tiga sebatan.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara ke atas Mohd Aziri kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Mohd Aziri dihukum penjara 100 bulan oleh Mahkamah Sesyen George Town pada 12 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 7 Ogos tahun lepas.

Dia didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan hubungan seksual dengan gadis itu (sekarang berusia 11 tahun) dengan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu di berek polis di Bandar Baru, Pulau Pinang antara 28 Mei dan 12 Jun, 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, panel mahkamah yang sama dengan sebulat suara menolak rayuan  Mohd Aziri terhadap sabitan dan hukuman.

Hakim Ong berkata mahkamah mendapati bahawa rayuannya terhadap sabitan dan hukuman tidak mempunyai merit.

Panel itu juga disidangi oleh Hakim Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Ibu gadis itu memberi keterangan pada perbicaraan bahawa Mohd Aziri datang ke rumahnya, memohon maaf dan mengancam untuk menembak dirinya sendiri di kepala jika beliau membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Mohd Aziri diwakili oleh peguam S. Yagoo sementara timbalan pendakwa raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman menjalankan pendakwaan.

Tags / Kata Kunci: Kesalahan Seksual , Polis

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan