Tuntutan Palsu: Bekas Adun Teratai Dihantar Ke Penjara

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) Selangor bagi Teratai, Yap Soo Sun dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman selama dua tahun selepas gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan kerana mengemukakan tuntutan palsu melibatkan RM70,000.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen mengenakan denda berjumlah RM350,000 ke atas bekas Adun dari Parti Gerakan itu berusia 51 tahun.

Soo Sun didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 3 November 2011 atas tujuh pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi bayaran di pejabat tanah Hulu Langat pada 19 Januari 2008 dan 4 Februari, 2008.

Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang pada 22 Mei tahun lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Ketika menolak rayuan Yap terhadap sabitan dan hukuman penjara, Hakim Ong berkata mahkamah mendapati rayuannya tidak mempunyai merit dan bahawa hukuman penjara yang dijatuhi ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen tidak terlalu berat.

Hakim (Ong) juga mengeluarkan waran pemenjaraan ke atas Yap untuk mula menjalani hukuman penjara hari ini. Yap dibenarkan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya selepas memperoleh penangguhan pelaksanaan bagi sabitan dan hukuman penjara.

Soo Sun yang memakai baju Melayu berwarna hijau muda dan berkopiah kelihatan tenang apabila keputusan itu dijatuhi oleh mahkamah.

Yap dan bekas pembantu khasnya Mohd Firdaus Abu Zarin, 49, dikatakan telah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM40,000 kononnya bagi sambutan Thaipusam untuk komuniti di Taman Bukit Teratai, Taman Pandan Perdana, Taman Bukit Segar, Cheras Hartamas dan Taman Putra pada 23 Jan, 2008, yang sebenarnya tidak pernah diadakan sama sekali.

Kedua-dua mereka juga dituduh mengemukakan lagi tuntutan palsu bagi RM30,000 kononnya bagi program Tahun Baharu Cina untuk komuniti di Taman Bukit Segar, Cheras Hartamas, Taman Putra dan Taman Bukit Teratai pada 10 Feb, 2008. Tidak ada program seumpama itu diadakan. 

Mohd Firdaus juga dipenjara dua tahun dan denda RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah bersubahat dengan Yap melakukan kesalahan itu.

Beliau tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya.

Soo Sun diwakili oleh peguam Afifuddin Ahmad Hafifi sementara pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Norzilati Izhani Zainal.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Yap Soo Sun , Adun Teratai , Gerakan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan