Dua Lelaki Didakwa Bunuh Pekerja Syarikat TV Dalam Talian

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warganegara asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja sebuah syarikat televisyen dalam talian, Mei lepas.

Malhi Varinder Singh, 24, warganegara India dan Abdullah Aziz, 28, warganegara Pakistan, didakwa bersama-sama telah membunuh Yap Chue Cheong, 47.

Malhi Varinder, penganggur dan Abdullah, buruh binaan, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa Hindi di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di B 15-15, Kondominium Windsor Tower, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, Brickfields, di sini di antara jam 9 malam, 14 Mei lepas hingga 12 tengah hari 16 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 Nov untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Paul Krishnan dan Jenny Chong.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan