Matthias, Husam Gugur Tuntutan Sivil Terhadap Penerbit Filem 'The Wolf of Wall Street'

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 3:30 PM

Pengasas bersama Red Granite, Riza Aziz (kanan) dan Joey McFarland.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu tuntutan saman sivil yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap Red Granite, penerbit filem The Wolf of Wall Street yang tercalon dalam Anugerah Oscar, telah digugurkan.

Portal hiburan The Hollywood Reporter melaporkan bahawa peguam Matthias Chang dan bekas pemimpin PAS Husam Musa secara sukarela menggugurkan saman itu tanpa prejudis, menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada Jumaat.

Bagaimanapun, tidak ada sebab dinyatakan tentang mengapa mereka tuntutan tersebut digugurkan, menurut laporan.

Pada 14 Ogos, Chang dan Husam memulakan tindakan terhadap syarikat itu, bersama-sama dengan Riza Aziz dan Joey McFarland, mendakwa Red Granite telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menghasilkan filem The Wolf of Wall Street.

Dalam satu kenyataan, Red Granite memberitahu The Hollywood Reporter bahawa pengguguran terhadap tuntutan semberono itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

"Sejak awal lagi ia tidak sepatutnya difailkan. Red Granite akan terus bekerja dalam menghasilkan projek-projek baharu yang menarik," katanya.

Walaupun pengguguran itu telah dibuat, dilaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat masih menyiasat dana filem itu.

Walau bagaimanapun pada bulan lepas, mahkamah bersetuju untuk membenarkan penerbit filem itu untuk terus bekerja seperti biasa sementara menunggu siasatan.

Riza Aziz, pengasas bersama Red Granite, adalah anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan