Penganggur Edar 9 Kilogram Dadah Dihukum Gantung

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman  gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar 9.638 kilogram dadah.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas  berpuas hati pembelaan tertuduh, Ibrahim Musa Rifa'i, 32, adalah bersifat penafian dan rekaan semata-mata.

Beliau berkata keterangan tertuduh juga bercanggah dengan keterangan saksi pembelaan kedua iaitu ayahnya.

"Hala tuju pembelaan lebih kepada penafian dan watak 'Mat Kondom' yang  dinyatakan oleh tertuduh dalam keterangannya hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan kes ini," katanya.

Nordin berkata tertuduh dalam pembelaannya juga tidak langsung menyatakan dadah yang dijumpai di kediamannya itu milik Mat Kondom atau individu lain sebaliknya hanya menafikan dadah itu miliknya.

Bagi pertuduhan pertama, Ibrahim Musa didakwa mengedar 10 ketulan mampat  dadah jenis kanabis seberat 8.818 kilogram di kediamannya di nombor 61(2)A Jalan Hamzah, Kampung Baru, Dang Wangi di sini, pukul 2 petang pada 3 April 2014.

Pertuduhan kedua pula dia didakwa mengedar 10 ketulan mampat dadah jenis  kanabis seberat 0.720 kilogram di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu bermula 4 April lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Po'ad, manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Amirul Abdul Jani. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hukuman Mati , Dadah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan