Peguam Negara Dibenar Mula Prosiding Komital Terhadap Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya berkaitan kes rasuah yang dihadapinya.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar penghujahan oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tiga lagi Peguam Kanan Persekutuan yang hadir ialah Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Alice Yoke.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Amarjeet Singh berkata mahkamah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim atas dakwaan bahawa beliau telah mengaibkan mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan.

"Ia berkaitan kenyataan tertentu yang dibuat Lim menerusi kenyataan akhbar selepas beliau didakwa di mahkamah yang kemudian disiarkan dalam media sosial," katanya, dan menambah, bahawa beliau akan memfailkan dokumen mahkamah berhubung prosiding kommital terhadap Lim dalam tempoh dua minggu.

Peguam Negara selaku plaintif memfailkan saman pemula sebelah pihak pada 18 Ogos lepas dengan menamakan Lim sebagai defendan.

Dalam saman itu, Peguam Negara memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana melakukan penghinaan mahkamah (prosiding komital) dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media cetak dan/atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Peguam Negara turut memohon kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Saman itu dikemukakan atas alasan Peguam Negara sebagai penjaga kepentingan awam dan demi kepentingan keadilan sentiasa memastikan integriti badan kehakiman dan sistem keadilan di negara ini kekal terpelihara dan tidak dicemuh, dimalukan dan dihina sewenang-wenangnya sehingga mewujudkan suatu ketidakpastian mengenai penentuan kes secara adil dan saksama.

Permohonan itu dibuat bagi memastikan bahawa sebarang perbuatan yang bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak seharusnya dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja.

Selain itu, Peguam Negara berkata pemeliharaan dan kepercayaan orang awam terhadap sistem keadilan Malaysia perlu dipertahankan lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana suatu kes sedang dalam tindakan di mahkamah.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan oleh Lim semasa sidang akhbar selepas pelancaran 'Simposium Dr Wu Lian Teh' oleh Penang Institut di Jalan Brown, George Town Penang yang menyatakan bahawa pertuduhan terhadap anggota Parlimen Bagan itu adalah konspirasi dan bahawa Lim akan dipenjarakan, dibaca secara keseluruhan membawa maksud jelas bahawa mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya di atas 'tuduhan rasuah yang direka-reka.'

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Kes Lim itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 30 September.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Apandi Ali , Rasuah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan