Bekas Pengurus Kilang Getah Didakwa Pecah Amanah Lebih RM18 Juta

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang bekas pengurus kilang memproses getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan harta kilang berjumlah RM18 juta.

Tertuduh Muhammad Faizal Sudin, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Faizal didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM18,180,451.97 yang diamanahkan terhadapnya di Kilang Getah Mardec, Mardec Processing Sdn Bhd, di Bota Kanan kira-kira 50 kilometer dari sini antara Ogos 2011 hingga Oktober 2012.

Muhammad Faizal didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar, manakala pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Komersial dan Siber, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Rullizah Abdul Majid dan Datin Nurshuhaida Zainal Azahar.

Terdahulu, Rullizah mencadangkan jumlah jaminan RM1 juta dan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Saiful Ambar dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana tertuduh kini bekerja sendiri serta tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menyara isteri serta dua anaknya.

Selain itu, Muhammad Faizal juga telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang proses siasatan dijalankan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM400,000 dengan dua penjamin selain diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: pengurus , pecah amanah , kilang getah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan