Dua Didakwa Pecah Amanah Hampir RM9 Juta

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 7:10 PM

Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) George @ Juaari Majid (dua, kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Selasa atas pertuduhan pecah amanah bernilai RM8,999,999.30, tiga tahun lepas. George mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Hakim Abu Bakar Abd Manat menetapkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan pemilik sebuah syarikat kelapa sawit masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah (CBT) dan bersubahat melakukan pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM8,999,999.30.

Bekas Pengurus Besar SLDB George@Juaari Majid, 63, dituduh meluluskan wang sejumlah itu melalui empat transaksi kepada seorang pemilik syarikat kelapa sawit, How Kim San, 55, tanpa pengetahuan dan kelulusan Anggota Lembaga Pengarah SLDB serta Menteri Kewangan Sabah.

George mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Dia dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

How juga mengaku tidak bersalah selepas dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana bersubahat bersama George melakukan kesalahan pecah amanah itu.

Bagi pertuduhan itu, How berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, George didakwa membuat bayaran kepada How sebanyak RM8,999,999.30 sebagai bayaran pampasan terhadap tanah dan tanaman di Kampung Babason, Sook, Keningau, Sabah sedangkan tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) merupakan milik Kerajaan Negeri Sabah.

How pula dituduh bersubahat menerima bayaran pampasan terhadap tanah berkenaan daripada George sedangkan George menyedari bahawa tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) tersebut merupakan milik kerajaan Negeri Sabah.

George dan How didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Sabah Land Development Board di antara 22 Mac 2013 hingga 14 Ogos 2013.

Hakim Abu Bakar menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin bagi George dan How serta mengarahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 27 Oktober depan bagi sebutan semula kes itu.

Pendakwaan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala George dan How masing-masing diwakili peguam Erwina Ansari dan Sugumar Balakrishnan.
Tags / Kata Kunci: pecah amanah , subahat , SLDB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan