Anwar Rancang Guling Mahathir Sejak 1998 - Saksi

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 7:23 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Selasa diberitahu bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merancang untuk menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam, 43, berkata rancangan Anwar itu telah dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor ketika mereka berjumpa di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor Bahru, pada tahun berkenaan.

"Pada waktu itu, Mohamad Ezam ada memberitahu saya dan dua orang lagi mengenai rancangan Anwar dan turut memaklumkan Anwar yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak boleh bekerjasama dengan Mahathir.

"Mohamad Ezam memaklumkan Anwar sudah tidak boleh tahan dengan Mahathir dan tidak bersetuju dengan dasar ekonomi dan politik yang dibawa oleh Mahathir," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Lokman merupakan saksi keempat defendan yang memberi keterangan pada hari kedua pendengaran kes saman fitnah RM100 juta difailkan Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Lokman, yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata Mohamad Ezam pernah memujuknya untuk menjadi sebahagian daripada rancangan Anwar untuk menjadi Presiden Umno.

Saksi keempat itu berkata beliau ada berjumpa dengan seorang pegawai khas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika itu (1998) untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya sama ada Anwar mempunyai rancangan untuk 'menikam  belakang' Mahathir ataupun ia rancangan Mohamad Ezam.

Lokman berkata rancangan Anwar itu telah disahkan oleh pegawai khas kepada Ahmad Zahid.

Lokman turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau berada di kediaman rasmi Anwar pada 2 September 1998 semasa tiga orang polis menyerahkan surat kepada Anwar berhubung pemecatan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


"Saya katakan beliau (Anwar) dipecat kerana usahanya untuk menggulingkan Mahathir," katanya.

Lokman berkata beliau juga telah dipecat sebagai anggota Umno pada 6 Okt 1998 selepas Anwar dipecat daripada jawatannya itu pada 2 Sept 1998.

"Selepas itu, saya masuk PKR dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Pemuda PKR tetapi digugurkan daripada parti itu pada 2004 selepas mengkritik kepimpinan parti itu," katanya yang turut memaklumkan Anwar adalah idolanya sebelum ini.

Pendengaran kes saman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan bersambung Khamis.
Khairy turut hadir di mahkamah hari ini.

Beliau yang merupakan saksi defendan pertama selesai memberi keterangannya semalam.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman fitnah itu dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu naib ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb 2008.

Katanya perkataan fitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan