Dua Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Indonesia, Vietnam - Berita Mahkamah | mStar

Dua Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Indonesia, Vietnam

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 6:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini pada Khamis atas pertuduhan memperdagangkan enam wanita warganegara asing pada April dan Ogos lepas.

Teoh Nam Sheng, 35, seorang penghantar makanan dan Teh Poh Kwei, 54, penjaga kaunter, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan ke atas mereka yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Tertuduh yang memakai kemeja hitam didakwa telah memperdagangkan seorang wanita warganegara Indonesia berusia 22 tahun bagi maksud eksploitasi seks di sebuah pusat urut No 36A, Jalan KIP 2, Taman Perindustrian, Gombak, di sini pada 9 malam, 24 April lepas.

Manakala Teh yang memakai baju-t berwarna putih berbelang biru didakwa memperdagangkan lima wanita warganegara Vietnam berusia antara 19 hingga 30 tahun bagi maksud eksploitasi seks di No 50-1 Tou Shen Jia Foot Reflexsology Jalan Prima SG 3/1, Prima Sri Gombak, di sini pada 9.55 malam, 22 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff tidak menawarkan sebarang wang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh atas alasan kes membabitkan pemerdagangan dan eksploitasi manusia merupakan kes tidak boleh dijamin.

Peguam Y. Sheelan Samuagam yang mewakili Teoh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh yang telah kematian bapa perlu menyara ibu dan empat adik beradik.

Peguam Mohd Kamarul Hisyam Ahmed yang mewakili Teh juga memohon mahkamah membenarkan jaminan ke atas anak guamnya dan bersedia menerima sebarang syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.

Mahyon bagaimanapun tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 September untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan