Aksi Wheelie: Penghantar Surat Dipenjara, Didenda RM5,000

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 5:01 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi wheelie yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain, penghantar surat dipenjara tiga hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Trafik di sini, Khamis.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Noor Eezzatul Fitri Minhat, 19, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Jalan Raja Laut, di sini, pada 2.45 pagi, 14 Ogos lepas.

Muhammad Noor Eezzatul Fitri turut diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap dan akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut serta tidak dibenarkan memohon dan memiliki lesen memandu selama dua tahun.

Lelaki itu tidak membayar denda tersebut dan akan dihantar ke Penjara Kajang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah mengenakam hukuman setimpal, namun Muhammad Noor Eezzatul Fitri yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman yang ringan.

"Saya sangat berharap, pihak puan dapat ringankan hukuman saya kerana saya benar-benar insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan seperti sebelum ini," katanya yang telah direman selama sebulan di Penjara Kajang sambil menangis teresak-esak.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian ketika pihak polis menjalankan  Ops Samseng jalan raya di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka telah ternampak tertuduh menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan kelajuan tinggi sambil melakukan aksi wheelie. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: aksi wheelie , penghantar surat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan