Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Cuba Bunuh Wanita Kurang Upaya

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur lelaki pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan cuba membunuh seorang wanita kurang upaya (pekak dan bisu) awal bulan ini.M.Lavindran, 18 minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Kunasundary Marimuthu.

Dia didakwa cuba membunuh dengan memukul S.Rohini, 58, di Flat Sri Kelantan, Sentul di sini pada pukul 10.30 pagi, 5 Sept lepas.

Rohini masih dirawat di hospital kerana kecederaannya adalah parah dan boleh membawa maut.

Pertuduhan ke atas Lavindran adalah menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Lavindran diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili oleh peguam Gary Gomez manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 30 Sept ini. 

Sementara itu di Mahkamah Sesyen yang sama, seorang pemandu traktor mengaku tidak bersalah atas tuduhan merompak secara berkumpulan terhadap seorang pemandu teksi yang didakwanya mencuri barang miliknya bernilai RM6,000.

P.Shangkar yang didakwa melakukan rompakan itu bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas mengaku tidak bersalah merompak sebuah telefon bimbit , Redmi Note 2 bernilai RM4,000 dan wang tunai RM2,000 milik Khairul Anuar Amir Hassan, 58, dalam insiden yang berlaku di hadapan Mahkamah Syariah Jalan Duta, Sentul, di sini pada pukul 5.10 pagi, 13 April tahun ini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 397 kanun yang sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dihukum sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa menggunakan pengunci motosikal sebagai senjata di dalam rompakan itu. 

Shangkar yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan diikat jamin kerana tiada penjamin hadir di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Cubaan , Bunuh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan