Dua Rakan Didakwa Merusuh, Cederakan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 12:29 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rusuhan dan mendatangkan kecederaan terhadap Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Sahib Ansar, Ahad lepas.

A. Kalaimughilan, 25, dan V. Balamurugan, 34, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan hakim Muhamad Faizal Ismail.

Mereka dituduh bersama-sama dengan empat orang yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, pada 4 September 2016, pukul 3 petang.

Kalaimughilan seorang peniaga dan Balamurugan, pemandu teksi, didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Okt untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin atas alasan insiden yang berlaku di KLIA itu yang menjadi pintu masuk kepada pelancong boleh memburukkan nama Malaysia.

Peguam M.Manoharan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM500 setiap seorang kerana mereka berasal daripada keluarga miskin dan telah berkeluarga.

Katanya kedua-dua tertuduh adalah warga negara Malaysia dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Ahad lepas, Ibrahim diserang di KLIA selepas menghantar Menteri Industri Utama Sri Lanka, Daya Gamage dan Ibrahim yang lebam di muka dan badan telah mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan