Pelajar Kemahiran Dipenjara Dua Tahun Miliki Bendera Daesh

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Institut Kemahiran dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis selepas mengaku bersalah memiliki bahan berkaitan perlakuan pengganas iaitu sehelai bendera kumpulan Daesh.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhi hukuman terhadap Mohd Zaidi Hashim, 36, pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang, di Kuantan, Pahang dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 24 Mac lalu.

Dalam keputusannya, Nordin berkata memiliki apa sahaja bahan berkaitan kumpulan pengganas bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga merupakan kesalahan yang serius dan perlu dielakkan.

"Malaysia merupakan negara yang aman dan kita tidak mahu negara ini menjadi huru-hara kerana Daesh adalah kumpulan yang telah digazetkan sebagai kumpulan pengganas. Namun mahkamah mengambil kira rayuan bahawa kamu telah insaf.

"Mahkamah juga bertanggungjawab memberi isyarat kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama yang boleh menggugat keamanan negara," katanya sambil menjelaskan mahkamah turut mengambil kira kepentingan awam sebelum menjatuhi hukuman terhadap tertuduh.

Mohd Zaidi dari Kuala Kedah, Kedah, didakwa melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Permai, Jalan Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada 1.10 tengah hari, 24 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda dan boleh juga dilucuthakkan mana-mana item.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis telah membuat pemeriksaan ke atas rumah yang didiami Mohd Zaidi dan menemui sehelai bendera Daesh di bawah beg pakaian berwarna biru berjalur kuning dan hitam milik tertuduh.

Bendera tersebut kemudian telah dihantar untuk dianalisis dan pakar pengkaji kumpulan pengganas mengesahkan bendera itu adalah berkait dengan kumpulan Daesh dan tertuduh merupakan seorang penyokong kepada ideologi keganasan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi memohon hukuman penjara yang berat kerana kesalahan yang dilakukan itu serius selain memberi pengajaran kepada orang awam.

"Meskipun tertuduh hanya memiliki satu bendera pengganas, namun jika dibiarkan ideologi itu akan berkembang dan boleh menyebabkan perbuatan yang lebih serius berlaku," katanya.

Mohd Zaidi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia perlu menjaga ibunya di kampung dan mahu menamatkan pengajiannya, selain turut menyesal dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Daesh , Penjara

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan