Seleweng RM15 Juta: Pengerusi Bank, Pengarah Urusan Didakwa Pagi Ini

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 9:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' dan Pengarah Urusan bank sama bergelar 'Datuk' akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pagi Rabu berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 September bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan