Bapa Adun Sungai Pinang Bebas Reman

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 9:41 AM

lim Siew Khim.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lim Keat Seong, bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Khim dibebaskan dari tahanan reman selepas empat hari.

Dia sepatutnya direman selama tujuh hari.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Aziz Aban berkata lelaki berusia 68 tahun itu dibebaskan pada pagi Isnin.

Mahkamah Majistret memberikan SRPM perintah reman selama tujuh hari bermula 2 September lalu terhadap Keat Seong bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan satu unit rumah mampu milik.

"Kami masih menyiasat," kata Abdul Aziz menerusi mesej media sosial.

Isu rasuah itu terbongkar selepas Naib Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Perbualan dalam video itu menunjukkan rakaman­nya dibuat tahun lalu dengan bapa Adun berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan individu yang dipercayai telah membuat pembayaran, namun tidak mendapat rumah itu.

Bagaimanapun, Siew Khim dalam sidang akhbar menafikan terlibat dengan urusan membabitkan bapanya itu dan mendakwa tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan