Bapa Adun DAP Dibebaskan

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 11:21 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lim Keat Seong, bapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Pinang iaitu Lim Siew Khim telah dibebaskan selepas empat hari direman.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata lelaki berusia 68 tahun itu dibebaskan pada Isnin malam.

Sebelum ini Mahkamah Majistret membenarkan SPRM menahan reman Keat Seong selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes rasuah melibatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Tahanan reman itu sepatutnya berakhir pada 8 september ini.

"Kami masih menyiasat," kata Abdul Aziz dalam mesej media sosial pada Selasa.

Keat Seong ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Isu urusan 'rasuah untuk rumah' itu terbongkar apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Tags / Kata Kunci: Lim Keat Seong

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan