Pengerusi Bank Rakyat Direman 7 Hari

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 12:10 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PUTRAJAYA: Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dikenakan perintah reman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai RM15 juta.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman lelaki berusia 65 itu, sehingga 5 September.

Abdul Aziz, 65, tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya dan ditahan pada 3 petang semalam.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata semalam akaun bank Abdul Aziz yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.

Dia adalah orang ketiga daripada bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama.

Sementara itu, empat lelaki termasuk pengarah urusan bank yang sama bergelar Datuk, bekas pengarah perolehan bank dan dua pemilik syarikat penerbitan yang tamat tempoh reman hari ini dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai, hari ini.

Setakat ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu dan empat daripada mereka dibebaskan hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Rasuah

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan