Mahkamah Tetapkan Lima Hari Perbicaraan Kes Pelajar Kolej Sokong Pengganas

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan lima hari bermula 26 September untuk perbicaraan kes seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir, yang didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menetapkan tarikh itu pada sebutan kes Mohamad Hidayat Azman, 19, yang merupakan individu pertama didakwa terbabit dengan kegiatan al-Qaeda di negara ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan selepas Aidiladha bagi membolehkan saksi pendakwaaan dari luar Kuala Lumpur hadir.

Peguam Ammira Marlini Abu Samah yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan Noor Syazwani.

Pada 12 Mei lepas, Mohamad Hidayat, pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan pengganas itu.

Mohamad Hidayat dari Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak didakwa melakukan kesalahan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 September 2014 hingga 1 September 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 130J kanun sama yang boleh dipenjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan. - BERNAMA 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan