Pendandan Rambut Dipenjara Lima Hari Tumbuk Pramugari Tiger Airways

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 10:43 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang pendandan rambut warga Malaysia yang menyerang pramugari penerbangan dalam pesawat Tiger Airways pada Februari lepas dijatuhi hukuman penjara lima hari, akhbar Straits Times melaporkan.

Chong Nyok Kiew, 57, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Veronica Siau Yen Ting, 26 tahun.

Sebuah mahkamah daerah pada Rabu diberitahu bahawa pada 23 Februari, Chong menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Singapura.

Laporan itu berkata sebelum penerbangan berlepas, Siau memberitahu para penumpang bahawa beliau telah meletakkan sepasang tongkat pesakit milik seorang penumpang di kompartmen sebelah atas di kawasan itu.

Siau juga memberitahu para penumpang supaya berhati-hati apabila menggunakan kompartmen tersebut, kata laporan itu.

Apabila mendarat di Lapangan Terbang Changi, seorang penumpang membuka kompartment sebelah atas, menyebabkan satu daripada tongkat itu terjatuh ke atas  Chong yang mula mengadu mengenai insiden itu.

Siau meminta maaf kepada Chong, kata laporan.

Ketika para penumpang berjalan keluar dari pesawat, laporan itu berkata Chong menghampiri Siau dan meminta pramugari itu menjelaskan mengapa tongkat itu terjatuh ke atasnya.

Dia juga menuntut bayaran pampasan.

Siau meminta Chong beredar ke tepi untuk membolehkan penumpang lain keluar dari pesawat tetapi Chong terus menyekat laluan dan menghalang penumpang lain daripada meninggalkan pesawat, kata laporan itu.

Siau sekali lagi memohon maaf kepada Chong dan memintanya bertenang tetapi Chong bertindak dengan menumbuknya di bahagian pipi dan bahu kiri, tambah akhbar itu.

Laporan itu berkata kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja, Chong boleh dipenjara selama dua tahun dan denda S$5,000 (S$1 = RM2.99).

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan