Mekanik Didakwa Bunuh Noor Amila Edrus

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 2:03 PM

Noor Amila Edrus Norsyam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsyam, yang mayatnya ditemukan di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Khamis lepas.  

Norhamid Nor Muhamad, 26, yang memakai baju-T berwarna kuning itu menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Norhamid didakwa membunuh Noor Amila Edrus, lima tahun, di dalam sebuah bengkel kereta tidak bernombor di Blok C, Lorong 5/16C, kawasan perumahan awam, Jinjang Utara, Sentul, di sini pada 5.30 pagi, 12 Ogos lepas. 

Keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat. 

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP, Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh yang merupakan abang ipar tiri kepada mangsa tidak diwakili peguam. 

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada 11 Ogos sebelum mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada 12.30 tengah hari 18 Ogos lepas.  

Semasa kanak-kanak lelaki itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek ditahan.  

Namun setelah mayat mangsa ditemui, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Noor Amila Edrus Norsyam

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan