Mahkamah Tolak Rayuan Kerajaan Berhubung Kerosakan Harta Benda Perhimpunan Bersih 3

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 8:16 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak rayuan kerajaan dalam saman sivil difailkannya terhadap jawatankuasa pemandu Bersih berhubung kerosakan ke atas harta benda awam dalam perhimpunan Bersih 3 pada 2012.

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lepas yang menolak saman kerajaan bagi menuntut ganti rugi.

Beliau berkata mahkamah mendapati tiada peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang secara jelas menetapkan hak kerajaan untuk membuat tuntutan.

Katanya Seksyen 6(2) PAA tidak mewujudkan satu hak tuntutan sivil oleh kerajaan" dan kerajaan persekutuan pada masa sama juga tidak diberikan hak untuk menyaman bagi kecuaian di bawah undang-undang lain.

"Kami juga mendapati Seksyen 3, Akta Prosiding Kerajaan, dibaca bersama-sama Seksyen 39 akta sama, tidak memberikan hak kepada kerajaan untuk menyaman bagi kecuaian atau menuntut ganti rugi di bawah 'common law'," kata Rohana.

Rohana berkata malah jika terdapat hak untuk menuntut di dalam 'common law' bagi kecuaian dalam kes ini, mahkamah tiada alasan untuk campur tangan dalam dapatan hakim Mahkamah Tinggi bahawa kerajaan gagal membuktikan kes kecuaian ke atas responden berdasarkan keterangan dikemukakan di hadapannya.

"Yang Arif yang mendengar perbicaraan itu mempunyai kelebihan berbanding kami, iaitu berpeluang mendengar keterangan dikemukakan di hadapannya sebelum membuat keputusannya," katanya.

Kerajaan menyaman jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, termasuk bekas pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga dan 14 anggota jawatankuasa itu.

Turut bersidang dalam panel hakim itu ialah Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Dalam saman sivil difailkan pada 15 Mei, 2012, kerajaan mendakwa perhimpunan  Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan menuntut ganti rugi khas sebanyak RM110,543.27, sebagai kos untuk membaiki kenderaan polis yang rosak.

Ia juga memohon deklarasi bahawa semua responden selaku penganjur perhimpunan itu telah melanggar Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memastikan perhimpunan itu tidak merosakkan harta benda awam.

Panel Mahkamah Rayuan pada hari ini bagaimanapun membenarkan rayuan kerajaan, berhubung tuntutan balas oleh bekas anggota jawatankuasa pemandu Wong Ching Huat, dengan mengurangkan jumlah ganti rugi diberikan kepada Wong daripada RM21,000 kepada RM15,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan membenarkan ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan tetapi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan RM6,000 kepada Wong bagi penangkapan dan penahanan secara salah di sisi undang-undang.

Di luar mahkamah, Ambiga berkata Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa di bawah PAA, kerajaan tidak boleh menyaman bagi ganti rugi dan menurutnya keputusan itu merupakan keputusan penting.

Tags / Kata Kunci: saman sivil , rayuan kerajaan , Bersih 3

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan