Bekas CEO Sime Bank Didenda RM600,000 Selepas Didapati Bersalah Di Bawah Bafia

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM600,000 terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Bank, Datuk Ismail Zakaria selepas mendapatinya bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata hukuman denda itu adalah selepas mengambil kira keadaan fizikal dan mental responden (Ismail) yang kurang memuaskan selepas menghidapi penyakit angin ahmar.

"Tertuduh disabitkan dengan pertuduhan.

Mahkamah mengambil kira keadaan fizikal dan mental responden serta percaya bahawa responden tidak mempunyai pendapatan, jadi hukuman denda yang diberikan adalah wajar dan penangguhan bayaran tidak dibenarkan," katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM150,000 atau 10 bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Ismail yang hadir berkerusi roda di mahkamah.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Ismail  daripada empat pertuduhan itu.

Ab Karim juga memutuskan hakim Mahkamah Sesyen telah membuat kesilapan yang serius dalam dapatannya.

"Penilaian semula yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen ke atas saksi  pendakwaan yang dibuat tanpa apa-apa keterangan baharu daripada responden  menunjukkan kesilapan yang serius," katanya.

Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada sebuah syarikat pelaburan.

Ismail, didakwa meluluskan RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta kepada Everise Capital Sdn Bhd antara 20 Sept, 1997, dan 21 Okt, 1997, di pejabatnya di Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Ismail di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan  (BAFIA) 1989, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Kitson Foong yang mewakili Ismail memohon hukuman denda yang minimum kerana responden merupakan seorang bankrup dan tidak mempunyai sebarang pendapatan.


Ketua Unit Komersial dan Siber Jabatan Peguam Negara, Abdul Rashid Daud yang mengendalikan kes itu mencadangkan denda sebanyak RM250,000 bagi setiap  pertuduhan, bagaimanapun menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk menetapkan jumlah denda kerana kesalahan itu adalah serius.
Tags / Kata Kunci: Bafia , Datuk Ismail Zakaria

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan