Rayuan Kes Sabotaj Khairuddin, Matthias Chang Didengar 2 November

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 2 November ini untuk mendengar dua rayuan berkaitan pertuduhan yang dihadapi bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang iatu cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Timbalan Pendaftar mahkamah Fatin Khazin menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila kes berkenaan disebut di hadapan beliau untuk pengurusan kes pada Khamis.

Peguam Zainal Narudin, mewakili Khairuddin, yang hadir semasa prosiding itu berkata satu daripada rayuan itu adalah rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang membebaskan Khairuddin dan Chang dengan jaminan.

Satu lagi adalah rayuan Khairuddin terhadap kesahihan Seksyen 50 (3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang membolehkan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah Rayuan tanpa memperoleh kebenaran.

Zainal berkata Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Khairuddin esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan sabotaj yang dipohonnya (Khairuddin) atas alasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai bidang kuasa yang sah sebagai peguam negara semasa beliau memulakan tindakan undang-undang terhadap Khairuddin.

Turut hadir pada pengurusan kes hari ini ialah peguam Mohd Akmal Afiq Mohamad mewakili Chang dan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir bagi pihak pendakwaan.

Khairuddin, 54, dan Chang, 66, didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), kerana cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun lepas.

Lima lokasi itu ialah pejabat ketua Bahagian Jenayah Kewangan dan Ekonomi Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross, London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis Wan Chai, Hongkong; dan Ibu Pejabat Polis Kantomen, Singapura.

Kedua-dua mereka berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika disabitkan kesalahan.

Pada 18 Nov, 2015, Mahkamah Tinggi membenarkan Khairuddin dan Chang dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah.

Mereka dibebaskan dengan jaminan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pertuduhan terhadap mereka bukanlah satu kesalahan berkaitan keselamatan dan tidak tertakluk di bawah SOSMA.

Kesalahan di bawah SOSMA tidak boleh dijamin.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan