Kevin Morais: Lelaki Dalam CCTV Menyerupai Tertuduh Kedua- Saksi

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 5:22 PM

Anthony Kevin Morais.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa imej seorang daripada dua lelaki yang dirakam di sebuah hotel, 13 hari sebelum Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais ditemukan mati, menyerupai tertuduh kedua dalam kes pembunuhan itu. 

Penjaga kaunter pendaftaran Hotel New Town, Petaling Jaya, Md Saddam Hossain, 25, berkata, ia berdasarkan ciri-ciri fizikal lelaki itu yang kelihatan sama seperti tertuduh kedua iaitu G.Gunasekaran.

"Rupanya sama, pada masa itu dia menyimpan janggut, kali ini tidak, tetapi orangnya kelihatan sama (Gunasekaran), warna (kulit) dan tubuh sepadan, sebab itulah saya katakan 'mungkin' ini orang yang sama," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam S.Ramesh yang mewakili Gunasekaran pada perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais.

Saksi pendakwaan ke-28 itu, yang merupakan warganegara Bangladesh, bekerja separuh masa di hotel itu selain belajar di sebuah kolej swasta di sini.

Md Saddam berkata, lelaki pertama yang menyerupai tertuduh kedua itu mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 8.15 pagi, 3 Sept 2015, sebelum seorang lagi lelaki tiba dan menyerahkan wang kepada lelaki pertama. 

Saksi itu bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mengenal pasti lelaki kedua kerana hanya berkomunikasi dengan lelaki pertama. 

Menjawab soalan Ramesh bagaimana Md Saddam dengan pasti mendakwa lelaki pertama menyerupai tertuduh kedua sedangkan CCTV menunjukkan beliau memandang lelaki itu sepintas lalu kerana sibuk mendaftar, saksi itu berkata, beliau tidak memandang tertuduh sepintas lalu kerana beliau banyak bercakap dan menerangkan mengenai harga bilik hotel itu.

Md Saddam juga menafikan beliau telah disuruh untuk mengenal pasti tertuduh kedua sebagai lelaki dalam CCTV sebelum prosiding bermula.

Ketika pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin bertanya mengapa saksi itu menggunakan perkataan 'mungkin' lelaki dalam CCTV adalah tertuduh kedua, beliau berkata ini kerana tertuduh kedua tidak memiliki janggut manakala lelaki dalam CCTV memiliki janggut.

"Jika dia menyimpan janggut, mungkin saya katakan ini adalah orangnya," katanya.

Pada 8 Jun lepas, CCTV yang ditayangkan di Mahkamah Tinggi itu menunjukkan imej enam lelaki berkumpul di Hotel New Town pada 3 September 2015.

Dua daripada mereka dirakam berada di kaunter pendaftaran hotel manakala empat lagi dirakam ketika keluar dari sebuah bilik di hotel itu. 

Enam lelaki - Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung pada Jumaat. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan