Penganggur Dipenjara 27 Bulan Kerana Pecah Cermin Tingkap, Cedera Adik Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara 27 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini gara-gara memecahkan cermin tingkap rumah ibu bapanya dan mencederakan dua adik lelakinya.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohamad Zaki Mokhtar, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah atas tiga pertuduhan iaitu melakukan khianat dan mencederakan dua adik lelakinya itu. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama, penjara enam bulan bagi pertuduhan kedua dan penjara sembilan bulan bagi pertuduhan ketiga.

Mohamad Zaki bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 bulan apabila mahkamah memerintahkannya menjalani kesemua hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 14 Ogos lalu. 

Bagi pertuduhan pertama Mohamad Zaki didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap harta benda milik ibu bapanya iaitu memecahkan cermin tingkap nako yang bernilai RM40 di rumah ibu bapanya di alamat Blok 90-17-01, Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras, di sini pada 1 tengah hari, 19 Julai lepas. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekalim jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan adik lelakinya, Muhammad Khairul Azhar Mokhtar, 24, dan Zamri Mokhtar, 29, dengan menggunakan serpihan kaca di tempat sama, pada 9 malam, 13 Ogos lepas. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. 

Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara seorang anak dan telah menyesal dengan perbuatannya. 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohamad Zaki Mokhtar , penganggur

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan