Pengurusan Kes Cerai Stanley Augustin Pada 6 September

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 7:08 PM

Harap maaf, video tidak dijumpai.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes perceraian peguam Datuk Stanley Clement Augustin dengan isterinya, Nika Gee Siew Yee ditetapkan bagi pengurusan kes pada 6 September kerana Gee baharu melantik peguamnya.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam M. Kumar dan S. Periasamy mewakili Augustin manakala peguam Choo Dee Wei dan Bryan Ng Yin Miin bertindak bagi pihak Gee.

Choo yang ditemui pemberita berkata mereka dilantik semalam oleh Gee bagi mewakilinya selepas peguamnya sebelum ini menarik diri dan pihaknya baru memasukkan kehadiran sebagai peguam responden hari ini.

Katanya setakat ini tiada sebarang arahan daripada mahkamah supaya anak guamnya hadir untuk prosiding seterusnya.

Dalam petisyen perceraian yang difailkan pada Disember 2014, Augustin yang merupakan pempetisyen menamakan Gee sebagai responden.

Augustin, yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya, dalam petisyen perceraian terpinda berkata beliau telah berkahwin dengan Gee secara sah di sisi undang-undang pada 24 April 2007, dua hari sebelum tarikh persaraannya daripada perkhidmatan kerajaan.

Augustin, 65, berkata beliau merupakan seorang duda dengan tiga anak semasa berkahwin dengan Gee, 54, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Gee ketika itu seorang janda beranak dua.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan