Pegawai Kanan TNB Direman Tujuh Hari Berhubung Kes Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 1:11 PM

-fotoTHE STAR/SAZUKI EMBONG

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad ditahan reman tujuh hari bermula Selasa sehingga 22 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad 'Adha 'Amir Yaseer Amri di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pegawai berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM berkaitan meminta dan menerima rasuah dan Seksyen 23 Akta sama kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Pada Isnin, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki dilaporkan sebagai berkata tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan suruhanjaya itu atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mereka berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.
Tags / Kata Kunci: kes rasuah , Akta SPRM , pegawai kanan TNB

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan