Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 4:08 PM

Asni Omar dibawa polis.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang peniaga kerana membunuh seorang pelancong warga Perancis lima tahun lepas.

Rayuan akhir Asni Omar, 41, ditolak panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang memutuskan bahawa tiada merit dalam rayuan itu.

Empat lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Asni disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan kerana membunuh Stephanie Foray, 30, di sebuah rumah di Kampung Tekek, Pulau Tioman, antara 8 malam 10 Mei dan tengah hari 12 Mei 2011.

Dia kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, menyebabkan dia membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Mayat Foray dijumpai kira-kira tiga bulan kemudian ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Tioman.

Asni, yang memakai pakaian penjara merah dan putih, kelihatan tenang ketika mahkamah menyampaikan hukuman.

Dia bagaimanapun mempunyai satu pilihan terakhir, iaitu merayu kepada Lembaga Pengampunan, terhadap hukuman mati ke atasnya.

Dalam rayuan itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Asni, berhujah bahawa keterangan yang dikemukakan menunjukkan tiada kes prima facie kerana membunuh, sebaliknya beliau berkata paling baik adalah kes menyebabkan kematian tanpa niat.

Beliau berkata tiada keterangan langsung bahawa anak guamnya membunuh wanita itu dan kecederaan yang dialami si mati pada tulang tengkoraknya berkemungkinan akibat daripada terjatuh yang menyebabkan kepalanya terhentak.

Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof berkata keterangan menunjukkan bahawa ia merupakan satu pembunuhan.

Beliau berkata Asni telah mendedahkan maklumat dan membawa polis ke sebuah gua tempat mayat Foray dijumpai ditanam di dalam sebuah lubang dan ke rumahnya tempat barangan kepunyaan wanita itu dijumpai.

Beliau berkata keterangan berkaitan maklumat itu boleh diterima mahkamah.

Tags / Kata Kunci: Perancis

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan