Pengerusi MyWatch Didakwa Peras Ugut RM1,500

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 12:35 PM

Sanjeevan

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, atas tuduhan memeras ugut, tiga tahun lalu.

Sanjeevan, 32, didakwa memeras ugut ahli perniagaan Chan Leong Kwan, 40, untuk menyerahkan wang tunai RM1,500 kepadanya atau mangsa tidak dapat menjalankan perniagaannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya pada pukul 9.45 malam, 1 Julai 2013 di premis nombor 25-27-29, tingkat atas Jalan Dagangan 8, Pusat Dagangan Triang di Bera, dekat sini.

Mangsa membuat laporan polis pada 16 Ogos 2013.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor K. Kishornath mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Peguam Ravin Jay yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM7,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan kerana beranggapan jumlah itu terlalu tinggi.

"Jaminan hanya sebagai jaminan kepada kehadiran tertuduh semasa perbicaraan.

Saya memberi jaminan tertuduh tidak akan melarikan diri kerana beliau mempunyai dua lagi tuduhan di Mahkamah Seremban," katanya.

Majistret Najwa Hashim membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Sept ini untuk sebutan semula untuk pengurusan kes.

Pada 19 Julai lalu, Sanjeevan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan menggaji warga asing tanpa pas dan memeras ugut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan