Isu Bayaran Gratuiti: LTAT Saman Mohd Rafizi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 9:33 PM

Mohd Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera.

Saman itu difailkan melalui Tetuan Azzat & Izzat  pada 6 Mei tahun ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Pihak media memperoleh dokumen berkenaan saman fitnah itu daripada peguam Izzat Othman yang mewakili LTAT hari ini selepas proseding sebutan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar, di dalam kamarnya.

Turut hadir ialah peguam Saiful Izham Ramli yang bertindak bagi pihak Mohd Rafizi.

Di dalam saman itu, LTAT selaku plaintif mendakwa Mohd Rafizi, 39, di dalam laman blog dan laman Facebooknya pada 21 Mac 2016 telah mengeluarkan kenyataan bertajuk 'Bayaran gratuiti pesara angkatan  tentera lewat; LTAT perlu dedahkanrisiko kewangan akibat 1MDB'.

Ia juga menyatakan pada 24 Mac 2016  melalui laman sesawang Malaysiakini Mohd Rafizi telah mengeluarkan kenyataan bertajuk 'Rafizi: I have documentshowing LTAT's link to 1MDB'.

Selain itu pada 28 Mac 2016 Mohd Rafizi didakwa mengulangi kenyataannya dilaman Facebooknya yang bertajuk 'Laporan ketua audit negara ke atas 1MDB mengesahkan kesan masalah kewangan 1MDB ke atas LTAT".

Dalam penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Rafizi menuduh LTAT secara tidak langsung atau secara sindiran, tidak menjaga faedah, kebajikan dan tidak mempunyai wang untuk membayar pesara tentera.

Kenyataan itu juga didakwa berniat untuk menjatuhkan imej baik, maruah dan reputasi anggota lembaga pengaruh tabung itu.

Oleh itu plaintif menuntut gantirugi am, teladan, dan perintah injunksi untuk menghalang atau mencegah defendan, pegawai atau agen atau pekerja defendan atau sebaliknya daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Mahkamah menetapkan 12 Okt untuk pengurusan kes itu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohd Rafizi , LTAT , Gratuiti

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan