Peniaga Dipenjara Tiga Hari, Denda RM500 Miliki Logo Besi PDRM

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara memiliki logo besi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran, seorang peniaga dijatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda maksimum RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mohamad Fakharuddin Wan Yahaya, 32, selepas dia mengaku bersalah memiliki satu logo besi berlambang PDRM yang diletakkan pada pelapik berwarna hitam yang diubah suai, di mana dia bukan seorang anggota dan pegawai polis pada 2 petang di Lorong Haji Taib 2, di sini semalam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 89(A) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. 

Wan Mohamad Fakharuddin yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia merupakan penanggung utama keluarga dan menjaga ibu serta isterinya yang masing-masing menghidap penyakit diabetes dan saraf. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: PDRM , logo , Lorong Haji Taib 2

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan