Rayuan Bekas Adun Teratai Dan Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 7:18 PM

Jenice Lee Ying Ha.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menolak rayuan yang dibawa bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Teratai Jenice Lee Ying Ha dan pemangku pengerusi DAP kebangsaan Tan Kok Wai dalam dua saman fitnah.

Tiga panel hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf memutuskan tiada sebab untuk campur tangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi.

Turut bersidang bersama beliau ialah Hakim Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Lee merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya yang difailkan terhadap Tan dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya kepada pemberita pada 23 April 2013, hari ketiga berkempen untuk pilihan raya umum ke-13.

Beliau mendakwa kenyataan Tan telah diterbitkan oleh portal berita Cina dan menjejaskan kedudukan beliau, kewibawaan, integriti dan reputasi secara peribadi dan dalam arena politik.

Tan merayu terhadap satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Lee.

Dalam saman sivilnya, beliau mendakwa Lee memuat naik kenyataan fitnah terhadapnya melalui akaun Facebooknya dan menghantar mesej teks kepada pemberita pada 3 Julai 2014.

Tan mendakwa kenyataan itu secara tersirat bahawa beliau akan memohon perintah mahkamah untuk menghalang membuat liputan saman fitnah yang sedang berjalan ketika itu terhadapnya.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Tan memberitahu pemberita kedua-dua rayuan telah ditolak dan mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak menanggung kos mereka sendiri. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Adun Teratai , Tan Kok Wai

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan