Bekas Pengawal Keselamatan Wanita Didakwa Sokong Aktiviti Daesh

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 1:10 PM

Seorang bekas pengawal keselamatan wanita Zilah Tajuddin (tengah) diiringi anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Khamis atas dua pertuduhan menyokong dan menggalakkan aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

(Ubah saiz teks)

IPOH:Seorang bekas pengawal keselamatan wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas dua pertuduhan menyokong dan menggalakkan aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Zilah Tajuddin, 43, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaima Mohd Noor.

Pertuduhan pertama, Zilah didakwa memberi sokongan dengan cara menggalakkan perbuatan kumpulan pengganas Daesh dan memuat aktiviti kumpulan itu melalui aplikasi telegram (kumpulan Tauhid State).

Bagi pertuduhan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 130J(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan pengganas melalui aplikasi telegram (kumpulan Tauhid State).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 G Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 dan denda, jika sabit kesalahan.

Zilah melakukan kedua-dua kesalahan itu di alamat nombor 79602, Jalan Cenderawasih, Kampung Dato' Ahmad Said, Tambahan 2, di sini, pada 4 Julai hingga 18 Julai 2016.

Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab menjalankan pendakwaan dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fadhli berkata tertuduh tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana kes tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mahkamah menetapkan 20 Sept bagi sebutan semula kes untuk mendapatkan izin kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Zilah Tajuddin , Daesh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan