Lelaki Didakwa Di Mahkamah Majistret Tapah Beri Sokongan Kepada Daesh

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 12:56 PM

Zairosfitri Jainuddin Azhar, 24, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tapah, pada Khamis kerana memberi sokongan kepada militan Daesh antara Mac hingga Jun tahun ini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang bekerja sendiri, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal.

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tapah di sini kerana memberi sokongan kepada militan Daesh antara Mac hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Zairosfitri Jainuddin Azhar, 24, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal.

Zairosfitri yang bekerja sendiri ditahan di kediamannya, Blok A Perumahan Awam 2 di Chenderiang, di sini dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas tersebut antara 25 Mac dan 30 Jun tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Majistret menetapkan 20 Sept untuk sebutan semula bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , Majistret Tapah , Chenderiang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan