Bicara Kes Pengarah Eksekutif Kencana Petrolium Pada 25 Januari

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 12:50 PM

Datuk Yeow Kheng Chew (belakang).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan sembilan hari bermula 25 Jan depan untuk perbicaraan kes bekas pengarah eksekutif syarikat Kencana Petroleum Berhad dan dua lagi yang didakwa memperoleh dan bersubahat memperoleh 1,159,000 unit saham syarikat itu melalui penyampaian maklumat sulit.

Hakim Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh itu selepas kes Yeow Kheng Chew, 64, yang merupakan bekas rakan kongsi perniagaan anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani, disebut pada Khamis.

Dua lagi tertuduh ialah Paulene Chee Yuet Fang, 56 dan Tan Yee Chee, 46, seorang remisier.

Mahkamah juga menetapkan 14 Okt ini untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roz Mawar Rozain daripada Suruhanjaya Sekuriti manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili Yeow, Datuk V. Sithambaram mewakili Chee dan Guok Ngek Sons mewakili Tan.

Pada 29 Julai lalu, Yeow mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperoleh 1,159,000 unit saham Kencana Petroleum Berhad melalui penyampaian maklumat sulit, lima tahun lepas manakala Chee dan Tan juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Yeow.

Yeow didakwa memperoleh 1.1 juta unit saham Kencana Petroleum Berhad melalui akaun Sistem Depositori Pusat milik Chee.

Dia didakwa memperoleh unit saham itu melalui perolehan maklumat sulit iaitu maklumat mengenai cadangan penggabungan perniagaan Kencana Petroleum Berhad Group dan SapuraCrest Petroleum Berhad Group, yang tidak boleh didapati secara umum..

Yeow didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan di sini pada 8 Julai 2011 mengikut Seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda tidak kurang RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Chee dan Tan didakwa bersubahat dengan Yeow bagi memperoleh 1.1 juta unit saham Kencana Petroleum Berhad, di tempat dan tarikh sama.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 370(1)(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan  Perkhidmatan, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta, jika sabit kesalahan. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan