51 Pemandu Guna Lorong Kecemasan Didenda RM75,100

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 6:55 PM

Gambar hiasan ketika operasi lorong kecemasan yang dijalankan pihak polis di lebuh raya Lembah Klang baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seramai 51 daripada 56 pemandu yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di KM222, Lebuhraya Utara Selatan pada Mei lepas telah didapati bersalah dan dikenakan denda berjumlah RM75,100 oleh mahkamah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka Mohd Fadhil Hassan berkata kesemua mereka dikenakan denda hingga RM2,000 dalam pendakwaan serta perbicaraan pada 18 Julai, 27 Julai, 1 Ogos dan 8 Ogos lepas di Mahkamah Majistret Alor Gajah dekat sini.

Beliau berkata, seramai 20 orang didakwa pada hari perbicaraan pertama iaitu 18 Julai, 27 Julai (19 orang), 1 Ogos (seorang) dan 8 Ogos (11 orang) di mahkamah tersebut.

"Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap lima lagi pemandu yang gagal hadir ke mahkamah pada hari ditetapkan iaitu tiga orang pada hari perbicaraan pertama dan dua orang pada perbicaraan kedua," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Terdahulu beliau menyampaikan watikah pelantikan Kadet JPJ peringkat negeri Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Ayer Molek di sini.

Mohd Fadhil berkata, seramai 22 lagi pemandu yang melakukan kesalahan sama akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah dalam masa terdekat.

Sementara itu, katanya JPJ Melaka telah mengeluarkan tujuh saman terhadap empat pemandu bas ekspres dan tiga pemadu lori kerana memandu secara berterusan di lorong kanan di mengikut Kaedah 53 di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pada 'Op Laju' yang dilancarkan pada 3 Ogos lepas.

"Mereka yang memandu di lorong kanan secara berterusan boleh dikenakan kompaun RM300 atau dikenakan denda oleh mahkamah maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan watikah pelantikan Kadet JPJ Melaka kepada SMK Bukit Katil, SMK Ayer Keroh, SMK Seri Bemban, SMK Datuk Bendahara, SMK Dang Hanum, SMK Durian Tunggal dan SMK Tebong.

Katanya SMK Ayer Molek merupakan sekolah perintis bagi penubuhan Kadet JPJ di negeri itu dan 45 pelajar telah menyertai sejak ia ditubuhkan pada tahun lepas.

"Kita telah memulakan latihan kawad pada Januari tahun ini selain program lain seperti perkhemahan, ceramah motivasi dan program kesedaran keselamatan jalan raya. Kadet JPJ bertujuan membentuk disiplin pelajar menjadi pemandu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: lorong kecemasan , JPJ , Melaka

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan