Lelaki Didakwa Beri Sokongan Kepada Kegiatan Pengganas Libatkan Bahan Letupan

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 2:12 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini, Rabu atas dua pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada kegiatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan dan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas, Mac lepas.

Nur Redzwan Wan Redzmann, 29, pemilik bengkel kereta dan tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Nor.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan.

Perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutkan satu perjuangan ideologi dan perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram di dalam telefon bimbit jenis Iphone 5s miliknya.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di No 7, Jalan Watan 24, Taman Sri Watan, Ampang, di sini antara 25 Mac hingga 30 Jun lepas.

Pertuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 130J (1)(b) Kanun Keseksaan manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 130J (1)(a) kanun sama yangmemperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun, atau denda dan bolehlah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Okt untuk sebutan semula kes. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.
Tags / Kata Kunci: bahan letupan , kegiatan pengganas

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan