Mahkamah Benar Permohonan Pengerusi Bersih 2.0 Rujuk Isu Perlembagaan

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 5:24 PM

Maria Chin Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa membenarkan permohonan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan tiga yang lain untuk merujuk isu perlembagaan berkaitan protes jalanan #KitaLawan ke Mahkamah Persekutuan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan berkata hanya Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai persoalan undang-undang berkaitan isu perlembagaan.

Selain Chin, turut membuat permohonan untuk merujuk isu perlembagaan berhubung Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 berkaitan protes jalanan #KitaLawan ke Mahkamah Persekutuan ialah Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh dan Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Keempat-empat mereka didakwa bersama dengan orang lain yang masih bebas menyertai suatu protes jalanan bagi tujuan tertentu di hadapan kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak dan berakhir di hadapan Kompleks Sogo di sini antara 3.15 petang hingga 6 petang, 28 Mac 2015.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak  melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Gooi Hsiao Leung. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan