1MDB: 1 September Keputusan Sama Ada Rafizi Perlu Bela Diri

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 6:30 PM

Mohd Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menetapkan 1 September untuk keputusan sama ada Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli perlu membela diri atau tidak terhadap pertuduhan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan menutup kes selepas mendengar keterangan saksi ketujuh yang juga saksi terakhirnya pada Selasa.

Hakim juga memerintahkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan bertulis kepada mahkamah sebelum tarikh itu dan menurutnya mahkamah akan membuat keputusan sama ada untuk membebaskan Mohd Rafizi daripada pertuduhan itu atau memanggilnya untuk membela diri.

Mohd Rafizi, 39, yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimun tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rafizi didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, Pegawai Penyiasat, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Supt R. Rajagopal memberitahu mahkamah Mohd Rafizi ditahan di hadapan pintu pagar utama bangunan Parlimen pada 5.30 petang, 5 April lepas.

Saksi ketujuh itu berkata tangkapan itu dibuat oleh Supt Badrul Hisham.

"Saya menerima tertuduh (Mohd Rafizi) daripada Supt Badrul Hisham pada 5 April, jam 8.30 malam.

"(Pada malam 5 April) Saya bersama-sama Mohd Rafizi, beberapa pegawai dan anggota kemudian telah pergi membuat pemeriksaan di tiga lokasi iaitu Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana, Pusat Khidmat Parlimen Pandan dan rumah Mohd Rafizi di Bukit Antarabangsa," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Shukor.

Rajagopal berkata hasil pemeriksaan itu beliau merampas sebuah komputer di Ibu Pejabat PKR dan sebuah komputer riba serta sebuah telefon bimbit di rumah Mohd Rafizi untuk diserahkan kepada Pegawai Forensik Pengkomputeran Polis Polis Diraja Malaysia DSP Aisha Be Abd Kadir untuk dianalisis.

Ketika ditanya Shukor apakah keputusan laporan analisis forensik yang dibuat DSP Aisha Be, saksi itu berkata satu halaman muka surat 98 mengenai laporan 1MDB oleh Ketua Audit Negara ditemukan di dalam memori telefon bimbit yang dirampas daripada Mohd Rafizi.

"Manakala tiada apa-apa yang dijumpai di dalam komputer dan komputer riba yang dirampas," katanya.

Pendakwaan kes turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala Mohd Rafizi diwakili peguam Gobind Singh Deo. - BERNAMA 
Tags / Kata Kunci: Mohd Rafizi Ramli , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan