'Sultan Melaka' Didakwa Menipu

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 2:05 PM

Sabirin Yusof yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Baru.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tiga pertuduhan kerana menipu seorang individu untuk mempercayai dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh mendapatkan mangsa persalinan diraja pada Mei tahun ini.

Sabirin Yusuf, 48, dituduh menipu Poniran Sumardi dengan memperdayakan lelaki itu bahawa dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh menolong mangsa mendapatkan persalinan diraja Melaka sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM700.

Tertuduh yang melakukan kesalahan itu pada awal Mei lepas, di alamat No 129, Jalan Pesona 12, Taman Pelangi Indah, juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pertengahan Mei dan penghujung Mei tahun ini.

Ketiga-tiga pertuduhan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang setiap pertuduhan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Ahmad Yusri Ahmad Fuad yang menyebut kes bagi pihak peguam Nordin Hussin yang mewakili Sabirin, memohon mahkamah mengurangkan jaminan itu memandangkan tertuduh mempunyai pendapatan kecil sebagai pengawal keselamatan dan menyara dua isteri serta 16 anak.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan tertuduh diikat jamin  RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Sept tarikh sebutan untuk serahan dokumen.

Tags / Kata Kunci: Sultan Melaka

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan