Doktor Pakar Didakwa Elak Bayar Cukai Lebih RM6.5 Juta

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang doktor pakar di Hospital Gleneagles di sini didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas lima pertuduhan mengelak membayar cukai pendapatan berjumlah lebih RM6.5 juta.

Leftenan Kolonel (B) Datuk Dr Lee Chiang Heng, 57, yang juga mempunyai klinik persendirian, mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Radzeah Kamarudin.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat Mohd Idhan Omar, 32, mewakili Lee yang tidak dapat hadir ke mahkamah kerana urusan kerja. Mohd Idhan merupakan pekerja Lee.

Lee yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) turut mengemukakan surat kuasa kepada mahkamah memaklumkan beliau tidak dapat hadir dan mewakilkan Mohd Idhan pada prosiding pada Isnin.

Dia didakwa secara sengaja dan dengan niat untuk mengelak cukai pendapatan daripada perniagaan klinik dan perkhidmatan di hospital swasta berkenaan keseluruhannya berjumlah RM25,063,265.00 yang sepatutnya dimasukkan dalam Borang Nyata (Borang B) Tahun Taksiran 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 yang menyebabkan cukai terkurang sebanyak RM6,567,992.59.

Lee sepatutnya membayar cukai berjumlah RM638,171.80 bagi tahun 2007, RM1,282,035.16 (tahun 2008), RM1,415,004.68 (tahun 2009), RM1,549,877.13 (tahun 2010) dan RM1,682,903.82 (tahun 2011) yang kesemuanya berjumlah RM6,567,992.59.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di klinik dan hospital berkenaan di Jalan Ampang, di sini antara bulan Jun 2008 hingga Jun 2012.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 114 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda dari cukai terkurang bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri Mohd Shafuddin Hasan manakala Lee diwakili peguam Dir Kheizwan Kamaruddin.

Mahkamah menetapkan 20 Sept untuk sebutan semula kes. 

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Doktor , Cukai

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan