MH370: Waris Pohon Diwakili Dua Peguam AS

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 76 waris kepada 32 penumpang  pesawat MH370 memohon supaya dua peguam dari Amerika Syarikat dibenarkan mewakili mereka dalam perbicaraan kes saman kecuaian terhadap Malaysia Airline  System Berhad (MAS) dan empat pihak lain.

Peguam Michael Yap yang mewakili kesemua plaintif berkata pihaknya memohon supaya dua peguam itu, Steven C Marks dan Roy Kalman Altman dibenarkan membantu mengendalikan kes saman itu kerana kepakaran mereka dalam mengendalikan kes melibatkan industri penerbangan.

Beliau yang ditemui pemberita selepas prosiding di dalam kamar Timbalan  Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Azlin Othman memaklumkan bahawa permohonan itu dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Permohonan itu akan didengar pada 21 Oktober.

Peguam yang mewakili Majlis Peguam, Farez Mohd Ali Jinnah pula membantah  permohonan itu dan berkata kedua-dua peguam dari Amerika Syarikat yang dinamakan untuk membantu perbicaraan itu tidak memenuhi kriteria bagi mewakili kesemua plaintif mengikut Seksyen 3 akta sama.

Pada 7 Mac lepas, 76, waris itu telah memfailkan saman kecuaian terhadap MAS dan empat pihak lagi berhubung kehilangan 32 orang anggota keluarga mereka semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Mereka yang terdiri daripada 66 warga China, lapan warga India dan dua warga Amerika Syarikat turut menamakan Malaysia Airlines Berhad (MAB), ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia selaku defendan dalam saman itu.

Mereka mewakili mangsa MH370 yang terdiri daripada 26 warga China, lima warga India dan seorang warga Amerika yang menaiki pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan dijangka mendarat di Beijing, China pada hari sama.

Dalam pernyataan tuntutan itu kesemua plaintif mendakwa kehilangan MH370 dan kematian 239 penumpang serta anak kapal di dalam pesawat itu adalah disebabkan kecuaian MAS.

Plaintif mendakwa MAS pada setiap masa material, merupakan pengendali MH370 dan bertanggungjawab untuk mengendali dan menguruskan supaya penerbangan pesawat MH370 selamat sampai ke destinasi.

Mereka mendakwa MAS telah memungkiri kontrak pengangkutan yang dimasuki oleh syarikat itu dengan penumpang MH370 yang menyatakan bahawa MAS akan bertanggungjawab terhadap kelayakan terbang pesawat berkenaan dan keselamatan kesemua penumpang di dalam kapal.

Mereka menegaskan bahawa disebabkan tindakan salah oleh kelima-lima defendan, mereka telah mengalami kerugian dan kerosakan, kehilangan kasih sayang keluarga, kehilangan saraan kewangan dan mengalami kecederaan emosi dan trauma akibat insiden yang berlaku.

Kesemua waris penumpang itu yang memfailkan saman berkenaan bersama-sama dalam satu pernyataan tuntutan memohon ganti rugi khas, am, teruk, kos pengkabungan, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan