Mahkamah Benar Permohonan Umno Gantung Sementara Prosiding Saman Anina

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 6:20 PM

Anina Saadudin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis membenarkan  permohonan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh untuk menggantung sementara prosiding saman pemula  difailkan bekas anggota Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin.

Peguam Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Tengku Adnan dan Ab Rauf berkata  penggantungan sementara itu dibenarkan sementara mendengar permohonan anak guamnya untuk membatalkan saman pemula itu.

Katanya mahkamah menetapkan 10 Oktober untuk mendengar permohonan defendan untuk membatalkan saman Anina.

Peguam itu berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar.

Peguam Muhammad Rafique  Rashid Ali hadir mewakili Anina.

Pada 3 Jun lepas Anina memfailkan saman itu bagi mendapatkan pengisytiharan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 sebagai tidak sah dan terbatal dan bercanggah dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan diri dan Perkara 8 iaitu kesamarataan di sisi undang-undang.

Tengku Adnan dan Ab Rauf memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 21 Jun lepas atas alasan saman itu tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap mereka, mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan juga menyalahgunakan proses mahkamah.

Dalam saman pemula difailkan Anina menamakan kerajaan Malaysia, Tengku Adnan dan Ab Rauf dalam kapasitinya sebagai pegawai awam Umno sebagai defendan  pertama hingga ketiga.

Katanya Fasal 20.7 Perlembagaan Umno iaitu mana-mana ahli yang membawa perkara parti atau keahliannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti akan digugurkan keahlian, adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Perkara 5 dan 8.

Oleh itu Anina mendakwa pemecatan keahliannya di dalam UMNO adalah tidak sah dan terbatal.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan