Lelaki Bawa Anjing Dihalang Masuk Lobi Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 8:43 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki lingkungan 60-an dihalang memasuki perkarangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kerana membawa binatang peliharaannya bersama.

Lelaki itu yang sedang memeluk anjingnya diminta oleh seorang pegawai wanita di kaunter pertanyaan, membawa keluar haiwan berkenaan dari lobi mahkamah.

Lelaki itu yang kelihatan tidak berpuas hati dengan arahan pegawai mahkamah itu kemudiannya keluar dari bangunan mahkamah dan mengunci tali anjingnya pada pokok bunga di hadapan pintu masuk mahkamah.

Kejadian pukul 3.30 petang itu turut menarik perhatian orang ramai yang  lalu-lalang di situ apabila anjing itu menyalak selepas tuannya masuk ke dalam bangunan mahkamah itu.

Tags / Kata Kunci: anjing , Mahkamah Jalan Duta , lobi mahkamah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan