Bekas Pegawai Kanan TLDM Didenda RM100,000, Harta RM1.6 Juta Dirampas Akibat Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 2:41 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku bersalah di atas enam pertuduhan berkaitan rasuah berhubung urusan pembekalan barangan.

Hakim Indra Nehru Savandiah menjatuhkan hukuman denda RM100,000 terhadap Khairul Izwan, 38, di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh.

Beliau turut memerintahkan harta bernilai kira-kira RM1.6 juta miliknya dilucutkan hak.

Khairul Izwan yang pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada  pada 9 September 2015 didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas lima
pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima wang dan sekeping kad debit berjumlah RM1.5 juta.

Khairul Izwan turut didakwa dengan satu pertuduhan mengikut akta sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 September 2015 atas tuduhan menerima seutas jam tangan jenama Bell & Ross bernilai RM19,000 daripada seorang kontraktor yang mana tertuduh mengetahui syarikat kontraktor berkenaan mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh.

Kes tersebut kemudian dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Khairul Izwan didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut antara bulan Mei 2013 dan Februari 2015.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah dan Mahadi Abdul Jumaat.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan