Dua Bersaudara Didenda RM2,000 Peras Ugut

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua bersaudara masing-masing didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memeras ugut seorang lelaki bulan lalu.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap L. Jayakumar, 32, dan L. Murali, 26, kerana memeras ugut Muhammad Firdaus Ahmad Shibbe, 27, dengan cara memaksa mangsa menyerahkan RM650 atau keretanya akan ditarik oleh kedua-dua tertuduh tanpa menunjukkan surat kuasa dari pihak bank.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bulatan Jalan Pahang, di sini pada 11.45 pagi, 24 Jun lalu mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Menurut fakta kes, mangsa yang membawa kereta jenis Perodua Myvi telah ditahan oleh kedua-dua tertuduh yang memperkenalkan diri mereka sebagai ejen penarik kereta dari pihak bank.

Mangsa telah meminta tertuduh untuk menunjukkan surat kuasa tarik kereta dari pihak bank tetapi mereka gagal berbuat demikian dan kemudian meminta mangsa menyerahkan wang atau keretanya akan ditarik.

Murali dan Jayakumar yang diwakili peguam R. Mageswaran dalam rayuan mereka memohon hukuman denda yang ringan atas alasan mereka merupakan penanggung utama keluarga dan ini merupakan kesalahan pertama.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor keselamatan awam.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan