Enam Lelaki, Seorang Wanita Didakwa Bunuh, Subahat Bunuh Ejen Hartanah

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 6:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang ejen hartanah wanita di Taman Overseas Union Garden (OUG), awal bulan ini.

M. Pal Ganapathy, 26 dan S. Vijendran, 29, didakwa membunuh Datin Wong Siew Ling, 32, di Jalan Hujan Emas 4, OUG, Off Jalan Klang Lama, antara jam 2 petang hingga 2.30 petang, 6 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lima lagi tertuduh, K. Sri Kanapathy, 34; Chen Yuen Ming, 41; Chin Kok Leong, 43; K. Sattiyarad, 29, dan seorang wanita Liew Lai Chen, 46, didakwa bersubahat membunuh wanita itu di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Pertuduhan terhadap Sattiyarad dibacakan di HKL kerana lelaki itu sedang mendapatkan rawatan kerana demam denggi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Sri Kanapathy diwakili peguam Nur Hayati Don Omar, Chin diwakili peguam Datuk Simon Sabapathy dan Christopher Lai King Lung manakala Liew diwakili peguam M. Raja. 

Mahkamah menetapkan 4 Okt untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa.

Pada 6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 petang.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: OUG , HKL , Kanun Keseksaan

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan