Dagangan Orang Dalam: SC Tuduh Bekas Pengarah Eksekutif Kencana Petroleum

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 6:20 PM

(Ubah saiz teks)

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan pertuduhan ke atas bekas Pengarah Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, dan dua individu lain kerana dagangan orang dalam.

Berikut adalah kenyataan penuh SC berhubung pertuduhan itu.

Yeow Kheng Chew (KC Yeow), 64, dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memperoleh 1,159,000 saham pada 8 Julai 2011 ketika mempunyai maklumat dari dalam.

SC mendakwa maklumat dari dalam tersebut adalah merujuk kepada cadangan penggabungan Kencana Petroleum Bhd dan SapuraCrest Petroleum Bhd.

Cadangan penggabungan tersebut telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 11 Julai 2011.

Yeow didakwa telah memperoleh saham tersebut melalui akaun Paulene Chee Yuet Fang (Chee) di HwangDBS Investment Bank Bhd.  

Chee, 56, dan remisiernya, Tan Yee Chee (Tan), 46, dituduh bersubahat dengan Yeow untuk melakukan kesalahan tersebut.

Pertuduhan ke atas Yeow, Chee dan Tan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain bin Hassan. 

Ketiga-tiganya memohon untuk dibicarakan terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Hakim mengarahkan agar kes dibicarakan bersama dan menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh sebutan.

Yeow dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin, manakala Chee dan Tan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM800,000 dengan dua orang penjamin setiap seorang.

Kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM1 juta. 

Individu yang didapati bersalah kerana bersubahat dengan jenayah tersebut juga menghadapi hukuman yang sama.

Tags / Kata Kunci: SC , Kencana Petroleum Bhd

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan