Doktor Kecantikan Dipenjara Cabul Pesakit Lelaki Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 11:06 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah, lapor Channel NewsAsia.

Portal berita itu berkata Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah, Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur 'liposuction' atau menyedut lemak.

Menurut laporan itu, Tan didapati bersalah mencabul kehormatan mangsa selama dua malam, setelah memberi ubat pelemah kepada pesakit berusia 33 tahun itu dengan alasan untuk melegakan rasa sakit.

Memetik Hakim Daerah Siva Shanmugam, portal itu berkata Tan "menyalahgunakan kedudukannya dengan mengambil kesempatan daripada kepercayaan mangsa terhadapnya", berikutan hubungan unik antara mereka – doktor-pesakit -dan mangsa, seorang doktor muda, juga menganggap Tan sebagai mentornya.

Tan memberi ubat berkenaan kepada mangsa hingga menyebabkan lelaki itu menjadi "rentan dan tidak berdaya mempertahankan diri daripadanya; membogelkanmangsa untuk merakam lebih 20 gambar alat sulitnya tanpa pengetahuan atau keizinan mangsa.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa setelah mencabul kehormatan mangsa yang tidak sedarkan diri, Tan memakaikan kembali pakaiannya agar apabila tersedar, mangsa tidak menyedari apa yang dilakukan tertuduh terhadapnya.

Menurut laporan itu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Alan Loh dan Pembantu Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran mendesak mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap Tan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja hukuman terhadap Tan diumumkan, peguamnya, Edmond Pereira memberitahu mahkamah bahawa doktor itu akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Laporan itu berkata Tan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan